KUALA LUMPUR – Dakwaan seorang wanita yang kehilangan RM30,000 dalam akaun Tabung Haji kerana berlaku pindahan ke akaun orang lain adalah tidak benar.
Lembaga Tabung Haji berkata, siasatan mendapati transaksi pemindahan wang adalah dari akaun Tabung Haji pengadu kepada akaun bank miliknya sendiri.
Kenyataan ringkas Tabung Haji itu menjawab dakwaan wanita warga emas yang mendakwa menyedari kehilangan wang dari akaun TH pada November tahun lalu.
Kehilangan wangnya telah dilaporkan kepada polis di Sarawak. – MalaysiaGazette