PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri meminta Human Rights Watch (HRW) mengemukakan bukti berlaku penderaaan dan kematian migran di depot tahanan Imigresen di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut memingta organisasi itu menyartakan bilangan mereka yang meninggal dunia akibat didera semasa dalam tahanan.
“Saya juga nak jemput HRW yang menyediakan laporan untuk berjumpa saya sendiri, kalau boleh mereka nyatakan yang berkaitan dengan penderaan dan kematian siapa mangsa, berikan angka yang tepat berlaku di mana depot Semenyih, Tuaran atau KLIA, berapa bilangannya berlaku,” katanya pada sidang media.
Sebelum ini, HRW mendakwa lebih 1,400 kanak-kanak ditahan di depot imigresen, dengan dua pertiga daripada mereka tidak ditemani atau dipisahkan daripada keluarga.
HRW truut mendakwa, kanak-kanak sering menghadapi penderaan yang sama seperti tahanan dewasa – termasuk penafian rawatan perubatan, makanan tidak mencukupi dan layanan buruk
Menurut Saifuddin, siasatan akan dilakukan jika bukti diterima pihaknya.
Tambah beliau, setiap depot imigresen mempunyai pegawai perubatan yang mana pemeriksaan kesihatan dibuat secara berkala dan beliau melihat sendiri proses itu dilakukan. – MalaysiaGazette