Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

PUTRAJAYA – Kerajaan menamatkan perkhidmatan Agensi Pengendali Permohonan Visa Malaysia yang melibatkan pekerja warga Bangladesh.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan akan menggunakan sepenuhnya permohonan eVISA menerusi sistem MYVISA yang disediakan Jabatan Imigresen.

Katanya, permohonan eVISA menerusi MYVISA milik Jabatan Imigresen sudah dimulakan perkhidmatannya pada 29 Februari lalu dan majikan boleh memanfaatkannya.

“Malah, kerajaan akan memberikan ID aktif dan manual pengguna kepada majikan yang berkait dengan penggajian pekerja asing warga Bangladesh untuk membuat permohonan visa dalam talian,” katanya dalam sidang media di kementeriannya, hari ini.

Sementara itu, Saifuddin berkata majikan perlu bertanggungjawab untuk menyegerakan proses kemasukan pekerja asing berdasarkan kuota yang diluluskan selaras dengan proses yang ditetapkan kerajaan.

Jelasnya, pihak Jabatan Imigresen Malaysia dapat memproses permohonan eVISA dalam masa satu hingga dua hari bekerja. – MalaysiaGazette – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast