M Saravanan, 43 dan M Thamilselvan, 48, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sri Manjung, atas pertuduhan membunuh seorang pekerja kontrak bulan lalu.

LUMUT – Dua saudara lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sri Manjung dekat sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pekerja kontrak bulan lalu.

Tertuduh, M Saravanan, 43, dan M Thamilselvan, 48, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan, Majistrest, T. Kavita.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian M Segar, 45, di sebuah rumah di Taman Biru, Ayer Tawar dekat Manjung antara jam 5 pagi hingga 9 malam pada 10 Februari lalu.

Bunuh Saravanan Thamilselvan kakitangan Majlis Perbandaran Manjung
M Saravanan, 43 dan M Thamilselvan, 48, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sri Manjung, atas pertuduhan membunuh seorang pekerja kontrak bulan lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Difahamkan, Saravanan bekerja di sebuah pusat mencuci kereta di sini sementara saudaranya, Kavita merupakan penganggur.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hairol Jemain, manakala tertuduh diwakili Peguam, RR Segaran.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 18 April bagi serahan dokumen berkenaan laporan kimia dan perubatan. – MalaysiaGazette