Ruslin sebelum ini melakukan tinjauan di zon laluan motosikal Bangunan Sultan Iskandar yang dikatakan mengalami kesesakan luar biasa terutama di waktu puncak.

JOHOR BAHRU – Gangguan sistem M-Bike yang menyebabkan kesesakan luar biasa di zon motosikal Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Bangunan Sultan Abu Bakar kini dapat diatasi.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir ketika dihubungi berkata, sebahagian gangguan yang berlaku sebelum ini telah pun dapat siselesaikan.

“Sebahagian sistem itu melibatkan Zon A laluan masuk motosikal. Kita telah pun mengaktifkan secara maksimum bagi membolehkan pemeriksaan di zon motosikal dapat dilakukan secara manual dan ia masih lagi beroperasi bagi mengelakan kesesakan lalu lintas sehingga gangguan sistem itu pulih sepenuhnya,” katanya.

Baharuddin berkata, bagi mengatasi masalah itu di Kompleks Bangunan Sultan Iskandar semalam sebanyak 50 kaunter di laluan masuk.

Manakala 11 adalah kaunter M-Bike dan selebihnya adalah kaunter manual.

“Bagi zon kaunter keluar juga sebanyak 50 kaunter yang boleh beroperasi dan 14 adalah kaunter M-Bike dan selebihnya kaunter manual,” jelasnya.

Sebelum ini dilaporkan, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh mengesahkan gangguan sistem M-Bike itu berlaki ekoran kerja konfigurasi sistem yang sedang dilaksanakan oleh syarikat pengendali baharu yang dilantik pada 29 Februari lalu.

Masalah gangguan sistem M-Bike itu melibatkan kedua-dua laluan zon pemeriksaan motosikal masuk dan keluar di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar.- MalaysiaGazette