KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Hari Wanita Antarabangsa kepada semua wanita khususnya buat rakyat Malaysia tidak kira siapa dan di mana jua mereka berada.
Timbalan Perdana Menteri berkata, tahun ini tema Wanita Dijulang, Negara Gemilang amat bertepatan dalam usaha negara memangkin peranan penting wanita dalam masyarakat, ekonomi dan kehidupan.
“Hari ini, bukanlah bermakna hanya satu hari untuk kita mengiktiraf dan menghargai golongan wanita.
“Tetapi hari ini adalah ruang untuk kita santuni pengorbanan wanita agar dapat terus memperkasa kesejahteraan dan kemakmuran negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini. – MalaysiaGazette