Antara tiga motosikal yang disita.

BATU PAHAT – Sebanyak 35 saman dikeluarkan oleh Bahagian Siasatan Polis Trafik (BSPT) Daerah Batu Pahat dalam rutin rondaan cegah samseng yang dijalankan di daerah ini tengah malam tadi.

Rondaan itu dilakukan di lokasi yang kerap menjadi port mat rempit berkumpul dan membuat bising pada cuti hujung minggu hingga boleh menganggu ketenteraman awam.

Dalam rondaan itu, sebanyak 19 penunggang motosikal diperiksa secara rambang.

“Hasil pemeriksaaan itu sebanyak 35 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu manakala beberapa buah motosikal telah dibawa ke Balai Trafik Batu Pahat untuk siasatan selanjutnya.

Manakala lima buah motosikal pelbagai jenis telah disita di bawah seksyen 64(1) APJ 1987 (Pindaan 2020) atas kesalahan ubahsuai exzos dan tiada lesen memandu

Hasil semakan menggunakan alat peranti Mcops mendapati kesemua no enjin kenderaan yang ditahan tiada rekod kenderaan hilang atau rekod lampau,

BSPTD Batu Pahat menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya terutama penunggang motorsikal supaya mengikut peraturan dan tidak mengubah suai m/sikal terutama ekzos yg mana kesalahan tersebut boleh menyebabkan motosikal akan disita.

Ibu bapa dinasihatkan untuk memantau pergerakan anak-anak mengelakkan mereka terjebak dengan kegiatan tidak sihat ini. – MalaysiaGazette