Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Sebanyak 22 premis tidak berlesen yang menjalankan aktiviti pelacuran tumpas apabila digempur dalam Ops Noda pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M Kumar berkata, seramai 87 orang ditahan yang terdiri daripada 22 orang lelaki dan 65 perempuan.

” Sasaran serbuan kita adalah di premis-premis pusat urut yang terlibat dalam aktiviti ini (urut) serta menggaji pekerja asing tanpa permit,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Kumar berkata, pelbagai perkakasan hiburan seperti jadual kerja, buku catitan, kondom, minyak pelincir,minyak urut, tisu, tuala dan wang tunai RM8,789 juga dirampas.

“Kesemua tangkapan akan dipohon reman di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.Manakala warga asing direman dibawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya. –MalaysiaGazette