RIYADH – Saudi Aramco melaporkan penurunan mendadak dalam keuntungan, selepas gergasi tenaga itu mengurangkan pengeluaran dan harga minyak jatuh mendadak pada 2023.

Keuntungannya turun 25% kepada keuntungan AS$121 bilion (£91 bilionn) selepas merekodkan keuntungan sebanyak AS$161 bilion pada tahun 2022.

Tetapi angka itu masih merupakan keuntungan kedua tertinggi pernah bagi syarikat yang disokong oleh Kerajaan Arab Saudi.

Firma itu berkat, ia sedang meningkatkan pembayarannya kepada pemegang saham dan mencari peluang untuk melabur di China.

Dividen akan meningkat kepada AS$98 bilion, peningkatan hampir satu pertiga berbanding 2022, apabila ia mencatatkan rekod keuntungan $161 bilion, hasil daripada kesan perang Rusia di Ukraine terhadap harga tenaga.

Harga minyak mencecah AS$130 setong pada 2022.

Arab Saudi memiliki hampir 95% kepentingan daripada syarikat itu, jadi keuntungan besar menyebabkan lebihan belanjawan untuk kerajaan itu pada 2022.

Pada 2023 harga minyak jatuh semula kepada AS$85 setong.

Selain itu, Saudi Aramco telah mengurangkan pengeluaran untuk membantu menyokong harga minyak, memberikan cabaran selanjutnya kepada keuntungannya.

“Pada 2023 kami mencapai pendapatan bersih kedua tertinggi. Ketahanan dan ketangkasan kami menyumbang kepada aliran tunai yang sihat dan tahap keuntungan yang tinggi, walaupun berlatarbelakangkan masalah ekonomi,” kata Ketua Eksekutif Aramco, Amin Nasser dalam satu kenyataan.

Arab Saudi menyasarkan untuk mempelbagaikan ekonomi negara, menggunakan pendapatan daripada sektor tenaganya untuk membiayai peralihan.

Nasser berkata, firma itu akan membuat beberapa pengumuman tahun ini mengenai pelaburan boleh diperbaharui di Arab Saudi.

Tetapi beliau juga berkata, firma itu sedang mencari peluang untuk melabur di China, yang mana permintaan terhadap minyak semakin meningkat.

“Setakat ini kita berada di awal tahun 2024, permintaan adalah sihat dan berkembang di China,” Nasser .

Saudi Aramco sudah mempunyai pelaburan dalam kilang penapisan China.

Beliau menjangkakan pasaran minyak akan “agak teguh” pada 2024 dengan permintaan lebih tinggi sedikit berbanding tahun lepas.

Beliau juga berkata, firma itu sedang berbincang mengenai kepentingan dalam kerjasama dengan pembuat kereta Perancis Renault dan Geely China yang membuat enjin kereta hibrid. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast