IPOH – Mydin Manjoi akan meneruskan operasi setelah mendapat kebenaran dan kelulusan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Pihak Pengurusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) mengeluarkan kenyataan ini susulan kebakaran pasar raya itu lewat petang semalam.
Kebakaran di tingkat dua premis perniagaan berkenaan disedari sekitar jam 6.45 petang selepas bekalan elektrik terputus diikuti bunyi loceng penggera kebakaran.
Kira-kira 40 pekerja dengan lebih 200 pengunjung berada di dalam pasar raya Mydin Manjoi.
Tambahnya, semua pelanggan dan kakitangan berjaya dikeluarkan dengan bantuan JBPM dan petugas Mydin. – MalaysiaGazette