Foto Instagram Bella Astillah.

KUALA LUMPUR – Pelakon Bella Astillah memberi bayangan dia telah menarik diri daripada membintangi drama Terjerat yang kini masih menjalani penggambaran yang mana ia turut dibintangi suaminya, Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 33, memuatnaik hantaran terbaharu di Instagram miliknya.

“Assalamualaikum. Cerita semalam, terima kasih Datuk Sri Jaspal, terima kasih kerana memahami.

“Panjang umur dan ada rezeki, kita bekerjasama lagi,” tulis Bella dalam Instagramnya hari ini.

Bella turut memuat naik gambar bersama penerbit drama, Datuk Sri Jaspal Singh daripada Orangetree Production Sdn. Bhd.

Selain itu, Bella juga memuat naik tangkap layar namanya telah dikeluarkan daripada group WhatsApp senarai pelakon drama berkenaan.

Pada Sabtu lalu, Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Kedua-dua mereka bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette