Datuk Muhamad Zaki Harun

KOTA BHARU – Seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ yang dikehendaki polis kerana disyaki melakukan jenayah ugutan dan mencederakan mangsa di Kota Bharu, di sini, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 56 tahun itu, telah direman selama dua hari bermula semalam.

Bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kelantan hari ini, beliau berkata, reman lelaki itu berakhir hari ini dan polis tetap meneruskan siasatan kes berkenaan.

“Kami cuba untuk sambung reman lelaki itu, tetapi mahkamah tidak membenarkannya,” katanya.

Muhamad Zaki berkata, lelaki itu berkemungkinan mempunyai kes-kes lain yang berkait untuk disiasat dan diselesaikan.

Semalam, polis telah menahan seorang lelaki di simpang empat Binjai, di sini, pada kira-kira 6 pagi ketika sedang memandu kenderaan secara bersendirian. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast