Lokasi Bazar Ramadan Taman Kerang yang terletak berhampiran Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 menjadi tumpuan umat Islam setiap tahun

KUANTAN – “Sekurang-kurangnya kena ada RM20 baru boleh masuk bazar Ramadan,” kata Mohd Azriq Ramli yang sempat membeli juadah pada hari pertama berbuka puasa semalam.

Oleh itu, katanya, pembeli perlu bijak dan berhati-hati dalam memilih dan membeli juadah berbuka puasa ekoran harga makanan yang tidak murah.

Tinjauan MalaysiaGazette di bazar Ramadan Taman Kerang, dekat sini mendapati harga makanan dan minuman yang dijual naik harga berbanding tahun lalu.

Mohd Azriq yang berasal dari Kelantan berkata, berdasarkan pemantauan di bazar Ramadan di sini mendapati  harga makanan di Pahang jauh lebih mahal jika dibanding di negeri asalnya.

Sekurang-kurangnya kena ada RM20 baru boleh masuk bazar Ramadan. Nasi sahaja dah berbelas ringgit jadi kalau air dan kuih murah dapat dalam bajet RM20.

“Apapun kena pandai pilih. Kalau Tak dop 20 ya jangan mari, lauk sajo 10 ya. Kuih lagi air lagi,” keluhnya.

 

Mohd Azriq Ramli

Manakala bagi Wan Alisha Farha Abdul Rashid, tahun 3  dalam bidang Sumber Manusia di Kolej Poley-Tech MARA (KPTM) Kuantan berkata, dia memperuntukan RM20 untuk membeli juadah berbuka puasa.

Untuk sahur pula, dia akan masak bersama-sama rakan yang tinggal menyewa bersama bagi menjimatkan perbelanjaan.

“Harga di bazar boleh tahan (seimbang). Kami bajet RM20 sehari tak termasuk sahur sebab sahur kami masak di rumah sewa.

“Dengan bajet ni air dan nasi dapat, kalau bukan bulan puasa pun harga lebih kurang,” katanya.

Wan Alisha (kanan) Nur Afini (tengah) dan Rabiatul Adawiyah

Manakala Amirah Akilah, 28 tahun, yang pertama kali berkunjung ke bazar Ramadan di sini mengakui harga makanan yang ditawarkan mampu milik berbanding di Kuala Lumpur.

Selain itu, Nur Afini Ishak dan Rabiatul Adawiyah Abdul Rahman, masing-masing 20 tahun, berkata, selain bazar Ramadan,  pelajar seperti mereka juga gemar memesan makanan menerusi penghidmatan makan seperti Grab Food.

Dengan cara ini dapat menjimatkan masa pelajar yang tidak sempat ke bazar kerana kelas hingga petang.

Dalam pada itu, tinjauan  MalaysiaGazzete mendapati memang berlaku kenaikan harga makanan dan minuman seiring dengan kenaikan kos barangan.

Harga air dijual  sekitar RM3 bagi gelas saiz kecil dan RM5 bagi saiz besar.

Manakala harga kuih bermula RM3 hingga RM5.50 bergantung pada jenis, saiz, dan kuantiti dan bekas yang digunakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast