A. Aida (kanan) menyerahkan kontrak tawaran drama kepada Bella Astilah.

KUALA LUMPUR – Nama pelakon Ruhainies telah disenarai hitam oleh syarikat A. Aida Production.

Pemiliknya, Datuk A. Aida berkata, tiada lagi nama Ruhainies, 32, daripada membintangi drama terbitan syarikatnya selepas ini.

Penerbit itu enggan lagi bekerjasama dengan wanita genit tersebut walaupun pernah menjadi pelakon kesayangannya suatu ketika dulu.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, A. Aida turut meluahkan perasaan sebak mengenangkan nasib isteri Aliff, Bella Astillah yang tidak putus ditimpa ujian.

Ramai menyokong prinsip produser sensasi itu yang tidak berkompromi dengan perbuatan tidak betul segelintir pelakon.

Sementara itu, A. Aida menyifatkan langkahnya menyenaraihitamkan pelakon Ruhainies memberi peluang besar kepada Bella.

Katanya, Bella telah ditawarkan berlakon drama berjudul Elham Untuk Niam, Matahariku dan Move On Romeo.

Semua drama terbitan A. Aida Production bakal memulakan penggambaran tahun ini. – MalaysiaGazette