Steven Sim

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengkaji semula kadar gaji minumum di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Beliau berkata, kajian itu akan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk daripada majikan.

“Untuk makluman, pada tahun ini, berpandukan Akta Majlis Perundingan Gaji Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732), kadar gaji minimum akan dikaji semula.

“Kita akan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk pihak majikan dan pekerja serta menjadikan rujukan laporan-laporan sosio ekonomi seperti laporan Bank Negara yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong,” katanya di Dewan Rakyat.

Steven berkata demikian ketika sesi penggulungan usul memjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di peringkat kementerian, hari ini.

Beliau memberikan respon itu bagi menjawab celahan soalan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) yang membangkitkan isu berdasarkan cadangan Bank Negara dan projek Belanjawanku iaitu projek celik kewangan kelolaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pada 1 Mei 2022, kerajaan menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,500. – MalaysiaGazette