KUALA LUMPUR – Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia sedang mencari waris kepada pesakit bernama Chan Fook Cheong.
Menurutnya, pesakit lelaki berbangsa Cina itu berusia 67 tahun.
Alamat semasa pesakit itu ialah di 3F-1, Pangsapauri Sri Pulau Pinang, Batu 31/2, Jalan Cheras, Kuala Lumpur manakala alamat pada kad pengenalannya di Blok D5-511, Persiaran Pandan 1, Pandan Jaya, Kuala Lumpur.
Menurutnya, pesakit ini telah dihantar oleh ambulans ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz pada 21 Februari 2023 yang lalu dan kemudian disahkan menghidap ’Decomp CCF Secondary to CAP’ dan sedang menerima rawatan lanjut di Wad 6J.
Sepanjang pesakit berada di wad, tiada waris yang datang melawat pesakit di hospital ini.
“Pihak kami telah mengunjung rumah pesakit berdasarkan kedua-dua alamat rumah yang diberikan namun mendapati tiada penghuni di rumah berkenaan. Temubual juga telah dilakukan dengan jiran pesakit, namun masih tiada apa-apa maklumat mengenai keluarga dan saudara mara terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Waris atau individu yang mengenali pesakit ini diminta menghubungi Aminudin Piramli di talian 03-9145 6309/7880. – MalaysiaGazette