Foto FB KDA FC.

KUALA LUMPUR – Kedah Darul Aman (KDA) FC berjaya mendapatkan pemain dari kelab Liga M3, Afeeq Iqmal yang sebelum ini beraksi buat Manjung City FC di Perak pada musim lalu.

Penyerang berusia 25 tahun itu direkrut oleh Nafuzi Zain sebagai usaha menambah sengat di bahagian serangan menjelanga Liga Malaysia (Liga M) pada Mei ini.

Menariknya kehadiran beliau adalah kepulangan semula ke Kedah selepas anak jati kelahiran Baling itu mewakili Sang Kenari pada musim 2021 hingga 2022.

“KDA FC dengan bangga mengumumkan Mohammad Afeeq Iqmal bin Rosli, bekas pemain muda yang pernah mewakili Kedah di musim 2021-2022, antara pemain yang mula dikenalpasti bakat dari Kejohanan Piala Menteri Besar Kedah, kembali menabur bakti bersama pasukan Sang Kenari.

“Musim lepas Afeeq mewakili Manjung City FC beraksi di saingan Amateur Football League (Liga M3) dan muncul antara penjaring terbanyak tempatan.

“Rezeki pemain berusia 25 tahun berasal dari Baling ini bersama Sang Kenari, kali ini dengan azam mahu mempamerkan prestasi lebih baik di peringkat lebih kompetitif,” tulis di Facebook KDA FC di sini.

Sebelum ini, Kedah meminjam penyerang dari Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Syafiq Ahmad. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast