VIRGINIA – Boeing telah memaklumkan syarikat penerbangan yang mengendalikan 787 Dreamliners supaya juruterbang menyemak tempat duduk mereka ketika siasatan terhadap insiden dalam penerbangan Latam dijalankan.
Ia berlaku selepas 50 orang cedera termasuk seorang parah minggu ini apabila pesawat 787 terjatuh secara tiba-tiba semasa dalam penerbangan Latam Airlines.
The Wall Street Journal melaporkan, seorang pramugari secara tidak sengaja menekan suis pada tempat duduk juruterbang, yang menolak juruterbang ke dalam kawalan, menyebabkan bahagian hidung pesawat jatuh.
Insiden itu menyebabkan para penumpang melambung ke atas bumbung pesawat.
Ketika itu pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Australia ke New Zealand, seterusnya ke ke Santiago, Chile.
Akibatnya beberapa penumpang mengalami kecederaan di kepala, malah, beberapa panel bumbung dilaporkan pecah.
Latam menyokong siasatan tersebut.
Boeing berkata: “Penyiasatan terhadap penerbangan LA800 sedang berjalan dan kami menangguhkan penyiasatan pihak berkuasa terhadap sebarang penemuan yang berpotensi.
“Kami telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengingatkan 787 pengendali mengenai buletin perkhidmatan yang dikeluarkan pada 2017 yang mengandungi arahan untuk memeriksa dan menyelenggara suis pada tempat duduk dek penerbangan,”.
Ia mengesyorkan agar pengendali melakukan pemeriksaan suis “pada penyelenggaraan seterusnya”.
Insiden terbaharu itu berlaku selepas panel pintu terkeluar dari pesawat Boeing pada Januari tahun ini. – Agensi