M. Kumar

KUALA LUMPUR – Johor merekodkan 155 kes peningkatan 18 kes jenayah komersial bagi tempoh 1 hingga 15 Mac 2024 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Daripada jumlah itu, kes penipuan paling tertinggi sebanyak 123 atau 79 peratus meliputi kes belian atas talian (32 kes), pelaburan tak wujud (18), penyamaran talian atau phone scam (18), pinjaman tak wujud (16) dan lain-lain penipuan (39).

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, jumlah keseluruhan kerugian yang dilaporkan bagi tempoh itu sebanyak RM3,944,887.09 berbanding RM4,336,869.25 pada tahun lalu.

Dari segi nilai, ia menyaksikan pengurangan sebanyak RM391,982.16 atau 9.0%.

Menurut beliau, kes penipuan juga merekodkan kerugian tertinggi iaitu RM3,446,686.75 atau 87 peratus daripada jumlah keseluruhan kerugian yang dilaporkan tahun ini.

“Polis Kontinjen Johor secara berterusan menjalankan kempen-kempen kesedaran jenayah komersial secara bersemuka atau melalui media sosial.

“Orang ramai juga dikehendaki lebih cakna dan mengambil tahu trend semasa bagi mengelakkan jadi mangsa penipuan,” ujarnya. – MalaysiaGazette