Mangsa dikatakan hilang sejak 5 Mac lalu

ROMPIN – Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas kali akhir dilihat keluar dari rumahnya di Kuala Rompin pada 5 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Nor Azman Yusof berkata, mangsa dilaporkan hilang dikenali Tea Lai Huat, 38, yang beralamat di Jalan Sabak, Kuala Rompin.

“Polis memohon  bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang diklasifikasikan sebagai orang hilang.

“Laporan telah dibuat oleh isteri mangsa pada 8 Mac lalu. Mangsa juga tidak bekerja dan telah berkahwin dan mempunyai seorang anak,”

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat di 09-414 5222 atau 017-487 7230,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Nor Azman berkata, mereka boleh menyalurkan maklumat di balai polis terdekat jika mempunyai sebarang maklumat. – MalaysiaGazette