ALOR GAJAH – Rasa-Rasa A’ Famosa menawarkan kelainan untuk bufet berbuka puasa apabila pelanggan berpeluang menyaksikan percikan bunga api selain menikmati lebih 100 juadah ditawarkan.
A’ Famosa Resort Melaka dalam kenyataannya berkata, promosi bufet itu diadakan sepanjang Ramadan sehingga 9 April di Dewan Tulip, Freeport A’ Famosa Outlet.
“Antara lebih 100 juadah disediakan adalah kambing golek, daging salai masak lemak, kari nyonya laksa, sup kambing berempah, chocolate fountain, cendol dan A’ Famosa coconut shake.
“Kemuncaknya adalah pertunjukan bunga api pada pukul 9 malam setiap hari,” katanya sambil menambah tempahan harga promosi awal RM68 kanak-kanak manakala RM78 (dewasa) berakhir hari ini.
Selepas tamatnya harga promosi awal, harga kembali seperti di kaunter iaitu RM78 bagi kanak-kanak dan RM98 bagi dewasa.
“A’ Famosa turut menawarkan pakej penginapan berserta bufet makan malam dan set sahur sepanjang Ramadan bermula pada harga RM155 seorang,” katanya.
Untuk membuat tempahan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi 06-552 0888 serta layari laman web www.afamosa.com/rasarasa-afamosa. – MalaysiaGazette