Orang ramai membeli-belah di di Kompleks Sogo, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Permintaan dalam negeri terutamanya sektor swasta akan kekal sebagai teras pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 2024.

dan program bantuan kerajaan yang berterusan akan mengekalkan perbelanjaan isi rumah.

Sementara itu, aktiviti pelaburan akan didorong oleh pelaksanaan projek berbilang tahun secara berterusan serta inisiatif di bawah pelan induk negara. Sektor luaran juga dijangka meraih manfaat daripada perdagangan global yang lebih baik dan pemulihan selanjutnya dalam aktiviti pelancongan.

Menurut Laporan Tinjauan Ekonomi dan Monetori 2024, penggunaan swasta diunjurkan terus meningkat sebanyak 5.7% pada tahun 2024 (2023: 4.7%) disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang terus bertambah baik.

Kadar pengangguran bertambah baik dengan berkurang kepada 3.3%, dengan pengembangan pendapatan yang lebih menyeluruh.

Selain itu, inisiatif kerajaan termasuk peluasan Sumbangan Tunai Rahmah dan pembayaran insentif awal kepada penjawat awam memberikan sokongan tambahan kepada pendapatan isi rumah.

Pembentukan modal tetap kasar (PMTK) dijangka berkembang sebanyak 6.2% (2023: 5.5%), didorong oleh peningkatan pelaburan struktur serta jentera dan kelengkapan (machinery and equipment, (M&E) untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah.

Pertumbuhan pelaburan akan disokong oleh pelaksanaan projek pelaburan seperti Projek-projek pemangkin dan bidang tumpuan di bawah pelan induk utama negara (iaitu Pelan Induk Perindustrian Baharu (New Industrial Master Plan 2030, NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (National Energy Transition Roadmap, NETR1)).

Sementara itu, peningkatan pelaburan swasta sebanyak 6.1% (2023: 4.6%), berikutan prospek global dan dalam negeri yang lebih baik.

Khususnya, hasrat pelaburan kekal positif, seperti yang dicerminkan oleh jumlah pelaburan diluluskan yang mencapai paras tertinggi sebanyak RM330 bilion pada tahun 2023 (2022: RM268 bilion).

Pelaburan ini tertumpu terutamanya pada subsektor produk E&E serta maklumat dan komunikasi (information and communications technology, ICT). – MalaysiaGazette.