KUALA LUMPUR – Enam anak berpenyakit kronik antara 16 kanak-kanak dan anggota ahli keluarga pasukan yang menghadapi masalah kesihatan diraikan di Majlis Berbuka Puasa Tentera Darat Malaysia (TDM) malam tadi.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan Muhammad Hafizuddeain berkata sumbangan turut diberikan kepada kanak kanak Sekolah Tahfiz dan Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Ia merupakan komitmen tahunan kami dan juga perintah ulung saya Panglima Tentera Darat dalam membela kabajikan golongan dalam kalangan keluarga tentera yang memerlukan pada bulan penuh barakah ini.
“Di majlis sama sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan diberikan kepada 16 anak asnaf san ahli keluarga anggota pasukan yang bergelut masalah kasihatan di Lembah Klang,” katanya ketika ditemui di Majlis tersebut di Kem Sungai Besi hari ini.
Dalam majlis berkenaan sumbangan barangan makanan dan keperluan turut dihulurkan kepada masjid-masjid di dalam kem TDM seluruh negara.
Seramai 1,000 orang warga Tentera Darat serta ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) termasuk lapan mantan Panglima Tentera Darat hadir memeriahkan majlis berkenaan.- MalaysiaGazette