KUALA LUMPUR – West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) akan melaksanakan lencongan trafik motosikal ke laluan motosikal yang baharu di Lebuhraya Shah Alam (LSA) di KM 22.8 – 24.3 (arah ke Kuala Lumpur) mulai esok hingga 19 Mei 2024.

Pelaksanaan lencongan trafik ini bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan Persimpangan SAE, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (Taiping – Banting) dijalankan.

Pengguna LSA adalah dinasihati berhati-hati serta mematuhi arahan papan tanda dan petugas trafik di lokasi yang berkenaan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast