KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.

Mendiang telah berkhidmat sebagai wakil rakyat sejak 2013.

Menurutnya, kematian mendiang satu kehilangan besar kepada pelbagai pihak dan pastinya dirasai oleh penduduk Kuala Kubu Bharu kerana sudah lama dibantu oleh Kee Hiong.

“Mewakili Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Puan Lee Kee Hiong serta seluruh sahabat dan anggota di dalam Parti Tindakan Demokratik yang kehilangan tokoh berpengalaman.

“Semoga mereka diberikan kekuatan mengharungi detik mencabar ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast