Siti Sarah (kanan) memilih untuk mengekalkan harga jualan ayam bakar berempah sama seperti tahun lalu.

KUANTAN – Seorang penjual ayam bakar berempah di Bazar Ramadan Sungai Isap di sini menetapkan harga jualannya pada kadar yang sama seperti tahun lepas meskipun mendepani kenaikan harga barang mentah.

Siti Sarah Halim, 36, mengambil konsep berkongsi rezeki dengan pelanggan dengan harga RM23 seekor dan RM13 separuh ekor ayam bakar bagi menghargai sokongan kepada pelanggan setianya.

“Tahun ini saya masih jual seekor ayam bakar RM23 bagi seekor dan RM13 untuk separuh.

“Kalau jual harga mampu milik ramai pembeli boleh beli, kita anggap cara kita hendak berkongsi rezeki pada bulan mulia ini.

“Bila kita kekalkan harga dan sajikan makanan terbaik, pasti akan ada rezeki untuk kita nanti,” katanya.

Strategi mengekalkan harga itu terbukti berhasil apabila mendapat peningkatan jualan dalam tempoh seminggu berniaga pada Ramadan kali ini.

Selain itu, Siti Sarah yang berngelaman 16 tahun dalam perniagaan ayam bakar berempah juga melebarkan cawangan di Bazar Ramadan Taman Kerang dengan menjualnya pada harga yang sama pada tahun ini.

Peniaga wanita itu sekali gus menzahirkan rasa kesyukuran kerana kerana unjuran pembelian semakin meningkat dan berlaku pertambahan permintaan apabila mengekalkan harga telah memanjangkan rezekinya.

“Kalau dulu sebelum ni dapat jual 50 ekor sehari tapi sekarang mencapai jualan 70 ekor ayam sehari. Lagi pun tak sanggup naik harga ayam yang dijual kepada pelanggan kerana mereka pun terkesan dengan situasi ekonomi sekarang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast