Wan Saiful Wan Jan. Foto MOHD ADZLAN, 23 MEI 2023.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen (PN-Tasek Gelugor), Datuk Wan Saiful Wan Jan meminta Dewan Rakyat menubuhkan jawatankuasa siasat tindakan dua anggota Parlimen yang membuat kacau ganggu dalam usaha mempengaruhi kelakuan dan sokongan kepada kerajaan.

Beliau menamakan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi membuat tindakan berkenaan bersama tiga lagi individu dikenali.

“Saya mengemukakan peraturan 80 (a) kerana sudah ada kes duluan pada 2009 membabitkan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh.

“Saya ingin mencadangkan dewan ini membuat ketetapan supaya Jawatankuasa Pilihan Khas mengambil tindakan berdasarkan peraturan 80 (A) yang dibaca bersama seksyen 9 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) bagi mengenal pasti, membicara, memutuskan menghukum beberapa individu yang membuat penawaran bagi mempengaruhi kelakukan saya dalam dewan ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau bangun mengemukakan peraturan mesyuarat itu sebaik selesai sesi soal jawab pada sesi pagi.

Wan Saiful mendakwa, kesemua ahli Parlimen terbabit telah membuat tawaran untuk memberikan peruntukan Parlimen, peruntukan projek bernilai RM2 juta, bayaran kos perubatan isteri beliau, kos guaman peruntukan di mahkamah dan ‘token’ yang tidak diyatakan nilainya serta pengguguran kes di mahkamah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast