KUANTAN – Seorang penuntut Kolej Vokasional di Pahang mendakwa cedera akibat dirotan seorang guru semalam.

Pelajar berusia 18 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian lengan kanan, belakang badan dan punggung setelah dirotan di hadapan pelajar lain pada himpuanan pagi.

Beliau turut mendakwa beberapa orang rakannya juga dirotan guru lelaki itu dalam kejadian 7.45 pagi.

Menurut pelajar itu, guru tersebut merotannya selepas seorang guru lain bertanyakan keberadaan beliau di tangki air pada malam sebelum kejadian.

Pelajar terbabit melaklumkan berada di kawasan tangki berkenaan kerana malas menunaikan solat Tarawih.

Bagaimanapun guru tersebut terus menghampiri dan merotan mangsa selepas pengakuan tersebut.

Pelajar tersebut mendakwa terdapat pelajar lain yang mengadu berlaku rakan mereka dirasuk dan beberapa pelajar membuat kacau di kawasan tangki air berkenaan sebelum guru tersebut tersebut merotannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Nor Azman Yusof ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Nor Azman berkata, kejadian itu berlaku semalam dan kes masih dalam siasatan lanjut. – MalaysiaGazette