Anwar Ibrahim menyantuni rakyat Pahang ketika Majlis Berbuka Puasa MADANI peringkat negeri Pahang bersama lebih 3,000 orang pada hari ini di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota. di Kuantan

KUANTAN – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan hubungan baik dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail adalah untuk memakmurkan rakyat di negeri ini.

Perdana Menteri berkata, beliau menghormatinya kerana kesungguhan beliau membantu penduduk negeri ini.

“Dia (Wan Rosdy) tak baik dengan saya untuk diri dia, tapi baik dengan saya untuk minta projek untuk rakyat negeri Pahang. Inilah kita nak ciri yang baik dalam kepimpinan,”.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota, di sini, hari ini.

Menurut Anwar, hubungan baik antara kerajaan  Persekutuan dan kerajaan negeri Pahang dimaanfatkan bagi menyegerakan projek infrastruktur di Pahang. – MalaysiaGazette