JPV Pulau Pinang rampas 912.5 kg karkas lembu di Bukit Mertajam hari ini.

BUKIT MERTAJAM – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang merampas 912.5 kilogram (kg) karkas lembu dalam serbuan berhampiran sebuah pasar di sini hari ini.

Anggota penguatkuasa JPVPP menahan sebuah pacuan empat roda pada 6 pagi sebelum menemui karkas bernilai RM36,500 itu.

Pengarah JPV negeri, Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata, pemeriksaan mendapati karkas lembu itu dipercayai bukan disembelih di rumah penyembelihan yang diluluskan atau dilesenkan.

“Susulan itu, kita merampas karkas berkenaan untuk tindakan lanjut.

Ini merupakan rampasan terbesar JPV Pulau Pinang bagi tahun ini.

“Nilai rampasan karkas lembu dan kenderaan berjumlah RM81,500. Ini sekali gus merupakan rampasan terbesar yang dijalankan pihak kami bagi tahun ini,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Kaedah 5(3) Kaedah-Kaedah binatang (Kawalan Penyembelihan 2009). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast