PKR Flag Anwar Ibrahim Prime Minister
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan Konvensyen Khas 25 Tahun Keadilan pada 28 April ini sempena ulang tahun parti itu, kata Ketua Penerangan Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi itu berkata konvensyen tersebut akan berlangsung di  Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, Selangor diikuti malam sambutan 25 Tahun Keadilan pada 11 Mei di Sentul Depot di sini.

“Malam Sambutan 25 Tahun Keadilan pada 11 Mei 2024 di Sentul Depot akan diadakan sepanjang hari dengan acara kemuncaknya Ucapan Amanat Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pada sebelah malam,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata perkara itu dimuktamad dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR (MPP) yang  berlangsung hari ini.

Fahmi juga berkata mesyuarat itu turut membincangkan isu nasional termasuk stoking tertera kalimah Allah.

“MPP berpendapat bahawa sebarang usaha penghinaan terhadap kesucian Islam sebagai agama rasmi negara adalah satu kesalahan besar dan bertentangan dengan perundangan negara.

“MPP mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan seumpama ini dan meminta agar pihak berwajib menjalankan siasatan dan mengenakan hukuman ke atas pelakunya jika terbukti bersalah,” katanya.

Beliau berkata MPP juga meminta agar semua pihak menjaga kesucian bulan Ramadan yang mulia dan menjadikan apa yang berlaku sebagai satu sempadan yang wajib dielak daripada berlaku di masa hadapan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast