Keadaan treler yang terbalik di kilometer (km) di km 262.9 arah utara antara laluan Ipoh Utara ke Terowong Menora hingga menyebabkan kesesakan sepanjang dua kilometer pagi tadi. Gambar: Ihsan LLM

KUALA LUMPUR – Kesesakan teruk sepanjang dua kilometer (km) di km 262.9 arah utara antara laluan Ipoh Utara ke Terowong Menora adalah disebabkan kemalangan yang berlaku melibatkan sebuah treler.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan di media sosial, treler yang membawa muatan serbuk besi itu terbalik dan merintangi jalan.

Muatan yang dibawa turut bergelimpangan di atas jalan hingga menyukarkan pergerakan kenderaan.

Menerusi perkongisan di laman X, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, semua lorong arah utara masih terhalang bagi kerja pembersihan.

“Semua lorong arah utara masih terhalang bagi kerja pembersihan. Laluan kontra dari KM 262.6-KM 263.7 arah selatan diaktifkan.

“Trafik perlahan 1.8km. Berhati-hati memandu,” demikian tulis LLM di aplikasi itu.

Sementara itu, memetik laporan media, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, keadaan treler terbabit merintangi jalan dengan sebahagian muatan jatuh atas lebuh raya.

Katanya, kemalangan itu bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan nyawa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast