Habib Haroon. Foto FB KDA FC.

KUALA LUMPUR – Bekas pemain tengah Terengganu FC, Habib Haroon diumumkan menyertai Kedah Darul Aman (KDA) FC bagi memperkuatkan jentera tengah tersebut hadapi saingan Liga Malaysia 2024-2025.

Penyertaannya ke Sang Kenari musim ini menyaksikan pemain berasal dari Bahrain itu bersatu semula dengan Ketua Jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain yang turut mengendalikan Terengganu FC sebelum ini.

KDA FC dalam satu kenyataan berkata, khidmat Habib akan memperkuatkan bahagian tengah Sang Kenari bersama rangkaian pemain tempatan yang lain.

Menurutnya, pemain berusia 23 tahun itu mempunyai kreativiti di bahagian tengah yang tidak hanya membuat umpanan berbahaya kepada rakan tetapi turut menghasilkan gol dari sudut sukar.

“Habib Haroon akan tiba jam 2.30 petang ini di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas dan akan disambut oleh pengurusan kelab, pasukan dan ketua jurulatih bagi meraikan kedatangan ke bumi jelapang padi sebagai pemain Sang Kenari,” kata KDA di sini hari ini.

Nelson San Martin.

Dalam perkembangan sama, KDA FC turut mengumumkan legenda Hijau Kuning double treble 2007-2008, Nelson San Martin akan menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Teknikal pasukan terebut.

“Dengan kemunculan semula sebagai pengarah teknikal baharu diharap dapat mengembalikan semangat dan kegemilangan Sang Kenari sepertimana yang pernah diraih suatu ketika dahulu,” kata kenyataan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast