Gambar hiasan

COLOMBO – Premis McDonald’s di seluruh Sri Lanka ditutup pada Ahad selepas gergasi makanan segera Amerika Suarikat (AS) mempertikaikan isu kebersihan dengan pemegang francais di negara ini.

Mahkamah Tinggi Komersial Colombo memerintahkan penutupan sehingga 4 April, selepas syarikat induk McDonald’s menuduh pemegang francais tempatan gagal memenuhi piawaian kebersihan antarabangsa.

”Penutupan itu diarahkan sementara menunggu siasatan,” kata seorang pegawai mahkamah.

Beliau berkata, peguam untuk McDonald’s memberitahu mahkamah bahawa mereka telah menamatkan perjanjian francais dengan syarikat tempatan, Abans minggu lepas.

Perbicaraan akan disambung pada awal April.

Setakat ini tiada kenyataan daripada McDonald’s atau Abans.

Abans telah memegang francais dengan 12 cawangan sejak firma AS itu masuk pasaran Sri Lanka pada 1998. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast