Gambar hiasan

SHAH ALAM – Polis menahan seorang juruteknik kilang dan merampas sepucuk pistol serta enam butir peluru hidup di sebuah stesen minyak di Telok Panglima Garang dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat ACP Ahmad Ridhwan Mohd Nor @Saleh berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan anggota dari Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Kuala Langat kira-kira pukul 2.40 pagi selepas  didapati menyembunyikan sesuatu di bawah kereta di kawasan stesen minyak berkenaan.

“Pemeriksaan di bawah kenderaan kemudian menemukan objek menyerupai pistol dan di dalamnya  berisi enam butir peluru hidup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut ke atas suspek membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori kira-kira 40 minit kemudian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ahmad Ridhwan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi bilik gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-31872222 untuk membantu siasatan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast