UMNO Akmal
Dr Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menegaskan, beliau lebih rela tidak dipilih di pilihan raya daripada tidak membuat apa-apa ketika agama Islam dihina.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, beliau berharap diberi kekuatan untuk mempertahankan agama Allah.

Katanya, dia terkedu apabila ada pihak menganggap tindakannya mempertahankan agama Islam dianggap sebagai membuat kecoh.

“Malah, lebih teruk apabila agama kita dihina masih ada yang memikirkan perlu menjaga undi pilihan raya.

“Saya lebih rela tidak dipilih dipilihanraya dari tidak membuat apa-apa ketika agama Islam dihina.

“Moga Allah beri kita kekuatan untuk mempertahankan agama Allah ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid yang menyatakan publisiti politik Akmal sekiranya diteruskan, berpotensi merugikan kerajaan.

Pada hantaran di laman sosial itu, Akmal turut menyertakan petikan kenyataan Ahmad Fauzi yang disiarkan di sebuah laman portal.

Menurut laporan itu, Ahmad Fauzi dipetik berkata, kemungkinan besar pengundi akan berasa kecewa, khususnya penyokong bukan Melayu di belakang PH.

Pada masa sama beliau berkata, wajar untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap lebih tegas mengawal Akmal agar perbuatannya tidak memburukkan imej kerajaan.

Katanya, perkara itu perlu diperhatikan, kerana pengundi bukan Melayu menyumbang undi yang besar kepada PH. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Pengundi majoriti di parlimen Jasin ialah org Melayu..bukan pengundi PH. Lain lah kalau parlimen Kota Melaka kaa..Jika Dr Akmal bertanding di Jasin walaupun sebagai calon Bebas, beliau akan menang. Yer betul Anwar dan PA akan dapat undi bukan Melayu..tetapi rakan PH dlm kerajaan iaitu UMNO akan berkubur di kawasan pengundi majoriti Melayu seperti di Jasin jika Akmal disingkirkan.

  2. Prof Ahmad Fauzi bin Abdul Hamid ni orang yang berpuasa Ramadhan atau salah seorang dari golongan pengundi Siti Kasim sehingga menukar perjuangan mempertahankan kalimah Allah dengan undi orang kafir. Kamu nak mencari redha siapa dalam kes ini.

Comments are closed.