Anwar (tengah) dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyantuni orang ramai pada Majlis Iftar Madani di Dataran Putra Presint 1, Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa tiada hari kelepasan am tambahan akan diberikan pada 12 April depan iaitu Jumaat sempena sambutan Aidilfitri.

“12 April ini kita kena ada semangat kerja,” kata Perdana Menter selepas menghadiri Majlis Iftar Madani di sini, hari ini.

Beliau ditanya sama ada kerajaan bercadang memberi hari kelepasan am tambahan pada 12 April depan.

Ini kerana umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 10 dan 11 April iaitu Rabu dan Khamis.

Tahun lalu, kerajaan bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Anwar berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pengumuman rasmi tarikh 1 Syawal yang hanya akan dibuat pada Khamis, 20 April 2023. – MalaysiaGazette