KUALA LUMPUR – Kedah Darul Aman (KDA) FC mengumumkan pemain dari Serbia, Milos Gordic sebagai peledak baharu pasukan tersebut bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025.
Pemain berusia 31 tahun ini beraksi buat kelab Wuxi Wugo FC di China, sebelum mengambil keputusan untuk bersama Sang Kenari di bawah bimbingan Nafuzi Zain.
Pemain import keempat KDA FC itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar semalam.
Milos disambut oleh pengurusan kelab, pasukan dan ketua jurulatih bagi meraikan kedatangan ke bumi jelapang padi sebagai pemain Sang Kenari.
“Milos Gordic nama baru di Liga Malaysia, dengan rekod serta pengalaman yang beliau miliki tidak mustahil bakal menjadi senjata pemusnah Sang Kenari dalam memberi cabaran musim ini,” ujar kenyataan itu. – MalaysiaGazette