KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan di Kampung Sri Pantai Mersing pagi tadi susulan tular video memaparkan aksinya yang menunggang motosikal secara berbahaya.

Aksi itu dirakam di Kilometer 139 (arah utara) Lebuh Raya Utara Selatan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Azizi berkata, penunggang motosikal itu ditahan 4 pagi tadi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Muar.

Katanya, motosikal Yamaha Y15ZR turut dirampas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suspek direman selama tiga hari untuk membantu siasatan. – MalaysiaGazette