Richmond Ankrah. Foto Penang FC.

KUALA LUMPUR – Penang FC mengesahkan pemain pertahanan import milik Selangor FC, Richmond Ankrah menyertai Harimau Kumbang secara pinjaman bagi saingan Liga Malaysia 2024-2025.

Pemain berasal dari Ghana berusia 24 tahun itu tiba di Georgetown semalam untuk menyertai pasukan itu selama semusim.

Ankrah, 24, yang berketinggian 1.90 meter telah membuat 13 penampilan bersama Selangor dan tampil dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ankrah adalah pemain kedua dari Selangor yang menyertai Penang FC secara pinjaman selepas penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel. – MalaysiaGazette