Empat nelayan Thailand ditahan APMM Pulau Pinang selepas didapati melanggar syarat sah lesen.

GEORGE TOWN – Sebuah bot nelayan dikendalikan tekong serta kru warga Thailand ditahan selepas didapati menangkap ikan di zon larangan di 14.0 batu nautika barat daya Pulau Kendi dekat sini semalam.

Pemangku Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata, bot nelayan kelas C berkenaan dikesan ketika pihaknya melakukan rondaan rutin Op Khas Pagar Laut pada jam 3 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan empat kru termasuk tekong warga Thailand berusia antara 29 hingga 75 tahun dan kesemua mereka memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Bot nelayan tempatan itu dikendalikan nelayan asing.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati bot berkenaan menjalankan aktiviti memukat di zon larangan iaitu di bawah 15 batu nautika dari pantai.

“Susulan itu, kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dengan menangkap ikan kurang daripada 15 batu nautika,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kira-kira 1,500 kilogram hasil laut dirampas dalam tangkapan tersebut.

Tambah beliau, pihaknya turut merampas 1.5 tan hasil laut dalam bot berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast