Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiring pegawai polis dan penjara hadir ke mahkamah bagi sambung perbicaraan kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 19 FEBRUARI 2024.

KUALA LUMPUR – Sudah tiba masanya Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengeluarkan segala formula bagi meningkatkan ekonomi negara.

Pengendali Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berkata, formula tersebut tidak sepatutnya disorok untuk kegunaan sendiri.

“Bro, sudah tiba masa untuk keluarkan formula hang.  Tunggu apa lagi?,’ katanya menerusia hantaran Facebook, hari ini.

Najib mengulas laporan media pada 2022 yang mana Rafizi menyindir bekas Perdana Menteri itu bahawa sekurang-kurangnya beliau mempunyai formula berbanding bekas Perdana Menteri itu tiada formula untuk menyelesaikan isu rakyat.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan dakwaan Najib bahawa Rafizi membuat kemunculan semula dalam arena politik hanya untuk membangkangnya demi kepentingan Perikatan Harapan (PH) dan bukannya untuk rakyat.

Tahun lalu, Rafizi menjelaskan, segala formula yang pernah beliau perkenalkan sebelum ini semuanya untuk dilaksanakan semasa keadaan ekonomi negara tidak seteruk seperti sekarang. – MalaysiaGazette