Peserta Himpunan Anak Muda tolak Israel menunjukkan plakad yang mengutuk kekejaman Israel bagi menyatakan solidariti terhadap peperangan yang berlaku di Palestin ketika di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 25 OKTOBER 2023.

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyeru pihak berkuasa meningkatkan risikan dan mengesan sebarang pergerakan operasi Israel terhadap Malaysia ekoran penahanan seorang warga Israel di sini, Rabu lepas.

Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Malaysia menjadi perhatian Israel kerana pendirian tegas negara terhadap Israel.

“Malaysia tertonjol antara negara yang tegas mengecam Israel dan menggerakkan kempen antarabangsa menyokong Palestin.

“Rakyat Malaysia juga amat aktif menentang Israel termasuk melancarkan boikot ke atas barangan Israel,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan penahanan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini.

Razarudin berkata, lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai memasuki Malaysia menerusi Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac lepas menggunakan pasport Perancis.

Mohd Azmi berkata kes berkenaan amat serius dan Mapim menyokong agar tahap kawalan keselamatan terhadap golongan kenamaan termasuk ke atas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ditingkatkan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast