Dua lelaki maut dalam nahas membabitkan sebuah lori dan sebuah treler di Selancar, Muadzam Shah hari ini

ROMPIN – Dua lelaki, seorang pemandu dan penumpang lori, maut dalam kemalangan melibatkan lori dan sebuah treler di Jalan Selancar ke Selancar 2, Muadzam Shah

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah, PBK II Mohd Najib Zainal berkata, seorang pemandu treler dilaporkan cedera dalam kejadian 1.25 tengah hari tadi.

Katanya, kemalangan itu melibatkan sebuah lori 5 tan dan sebuah lori treler.

Kedua-dua identiti mangsa masih dikenalpasti itu dilaporkan meninggal dunia di lokasi nahas, ujarnya.

“Seramai enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muazdam Shah ke lokasi untuk bantuan menyelamat mangsa terlibat.

“Ketika tiba di lokasi mendapati, dua mangsa meninggal dunia dan salah seorang tersepit dalam lori,” katanya.

Difahamkan pemandu treler yang cedera telah dihantar ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi melakukan operasi.

Operasi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dilakukan menggunakan peralatan menyelamat.

Mayat mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast