PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut apabila motosikal jenis Honda RS yang ditungganginya disyaki bergesel dengan motosikal lain lalu terbabas dan terbabas ke pembahagi jalan di KM14.1 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) arah Seremban, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Supt. Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian jam 2.45 pagi itu mangsa meninggal dunia di lokasi kajadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Siasatan awal mendapati kemlaangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki berusia 22 tahun bergerah dari arah Port Dickson menghala ke Seremban telah bergesel dengan kenderaan yang dipercayai sebuah motosikal lalu hilang kawalan dan terbabas ke besi penghalang pembahagi jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Aidi Sham, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menyalurkannya di balai polis trafik Port Dickson atau balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp. Syakinah Ahmad di talian 06-6472222 atau 017-9013429. – MalaysiaGazette