Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Rakyat diingatkan agar tidak mengambil tindakan di luar batas undang-undang berhubung penjualan stoking yang tertera kalimah Allah.

Awal pagi semalam sebuah kedai serbaneka itu di Sungai Isap, di sini, dilempar molotov cocktail dan ia merupakan kejadian kedua selepas cawangan di Bidor, Perak.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebaliknya masyarakat diminta bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat tindakan susulan berhubung insiden ini.

“Saya juga tidak menolak kemungkinan kejadian yang berlaku awal pagi tadi berunsur khianat atau provokasi yang bertujuan mencetuskan ketidakselesaan di kalangan masyarakat.,” katanya menerusi kenyataan.

Semalam, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa dengan kejadian serangan bom petrol membabitkan cawangan KK Mart di Sungai Isap di sini.

Baginda menitahkan, supaya pihak polis memberi perhatian serius serta tindakan tegas dan segera dalam perkara itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast