Pempengaruh media sosial, Alana Dee Dunsmore bersama suaminya Pelakon, Abbas Mahmood mempromosikan produk daripada NIMS pada jualan produk NIMS di Absolute Bazaar MITEC, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 30 MAC 2024.

KUALA LUMPUR – Youtuber asal Scotland, Alana Dee Dunsmore yang memeluk agama Islam pada November tahun lalu gembira menjalani ibadah puasa kali pertama sebagai seorang muslim.

Beliau yang telah menetap di Malaysia sejak lima tahun lalu turut bersyukur kerana suaminya, Abbas Mahmood yang dinikahi pada Januari tahun ini membantu beliau melalui pengalaman pertama melaksanakan rukun Islam keempat.

“Alhamdullilah. Setakat ini tak ada ponteng puasa. Sebelum ini saya pernah berpuasa dua kali tapi ini kali pertama sebagai muslim tetapi alhamdullilah saya gembira melakukannya.

“Tapi perkara terbesar bagi saya pada hari pertama berpuasa bukanlah mengenai menahan lapar tetapi belajar mengenai al-Quran dan solat.

“Saya belajar cara sembahyang tarawih yang pertama kali saya lakukan. Saya cuba yang terbaik. Saya tak tahu berapa banyak solat yang telah saya lalukan. Tetapi saya gembira melakukannya,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Alana Dee Dunsmore mempromosikan produk daripada NIMS pada jualan produk NIMS di Absolute Bazaar MITEC, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 30 MAC 2024.

Alana yang ditemani Abbas ditemui ketika hadir mempromosikan produk coklat syarikat tempatan Nims di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) baru-baru ini.

Sementara itu, Abbas yang merupakan seorang pelakon berbangga dengan Alana kerana ibadah yang dilakukan adalah hasil daya usaha isterinya sendiri.

“Saya bantu sikit sahaja tapi alhamdullilah dia sendiri cari inisiatif, dia berusaha untuk sahur dan berbuka. Dia lebih teruja berbanding saya. Alhamdullilah untuk itu,” kata pelakon Tiga Janda Melawan Dunia.

Pasangan itu memberitahu, mereka berusaha memasak dan menyediakan makanan untuk berbuka dan bersahur tambahan ibu Alana yang bukan muslim dan tidak berpuasa tinggal bersama mereka ketika iini.

Namun adakalanya mereka terpaksa membeli apabila ada program di luar.

Pempengaruh media sosial, Alana Dee Dunsmore bersama suaminya Abbas Mahmood bercakap kepada media pada jualan produk NIMS di Absolute Bazaar MITEC, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 30 MAC 2024.

Bagi Alana, makanan kegemarannya ketika berbuka adalah mi goreng yang dimasak oleh Abbas dan mendakwa ia adalah resepi rahsia.

“Secara jujur, suami saya ada resepi mi istimewa. Ia sangat sedap dan saya makannya hampir setiap kali berbuka puasa. Malam ini pun dia buat. Resepi ini rahsia,” katanya sambil ketawa.

Bagaimanapun Abbas membocorkan rahsia bahawa makanan yang dimasak adalah ‘mi bodoh’ yang turut disukai oleh rakyat Malaysia.

“Dia meggi biasa sahaja tapi saya masak style Cina kita panggil seaweed egg┬ádan rakyat Malaysia panggil mi bodoh tapi dia suka” kata Abbas.

Pempengaruh media sosial, Alana Dee Dunsmore mempromosikan produk daripada NIMS pada jualan produk NIMS di Absolute Bazaar MITEC, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 30 MAC 2024.

Tahun ini Alana akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama keluarga Abbas di Kelantan. Ibu Alana juga akan turut menyertai mereka beraya di Pantai Timur.

Disebabkan mereka beraya di rumah keluarga tidak banyak persiapan yang dilakukan kecuali membeli baju raya.

Alana mempunyai lima pasang baju kurung berwarna merah jambu iaitu warna yang sama akan dipakai oleh Abbas pada hari raya.

“Persediaan ialah kami cuba untuk balik beraya di Kelantan dengan perjalanan yang lama mungkin hingga 12 jam. Itu akan jadi lebih mencabar.

“Tapi selain daripada itu, kami baru sahaja melancarkan produk kami minggu ini dan jualnya. Mungkin lebih banyak persediaan untuk produk,” kata Alana sambil menambah beliau tidak akan memaksa ibunya memakai warna sama pada hari raya.

Pasangan itu mengucapkan selamat hari raya kepada semua pengikut dan peminat dengan nasihat supaya memandu dengan berhati-hati ketika pulang ke kampung dan ingat orang tersayang. – MalaysiaGazette