Dr Anthony Dass dilantik sebagai pengarah eksekutif MIER berkuat kuasa 16 Februari 2024.

KUALA LUMPUR – Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) telah melantik Dr Anthony Dass sebagai pengarah eksekutif berkuat kuasa 16 Februari 2024.

Beliau  mempunyai PhD dalam bidang Ekonomi dari Universiti Utara Malaysia pada tahun 2018 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi dan Kewangan dari Universiti Bristol, UK, mula bekerja sebagai ahli ekonomi kanan di Bank Negara Malaysia antara tahun 1988 dan 1997, selepas memulakan kerjayanya sebagai seorang ahli ekonomi.

Anthony bekerja di pelbagai organisasi pelaburan ekuiti. Terkini, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Penyelidikan di Ambank dari tahun 2013 hingga 2023.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pegawai khas, Majlis Tindakan Ekonomi, Unit Perancang Ekonomi, Malaysia (Mei 2020 – 31 Januari 2023), yang memfokuskan pada isu dan dasar strategik semasa pandemik Covid-19 berkaitan dengan pelbagai dasar ekonomi dan sosial, industri dan perniagaan.

Selain itu, beliau juga pernah bekerja di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Malaysia antara tahun 2011 dan 2013. – MalaysiaGazette