KUALA LUMPUR – Analisis makmal terhadap kupang di perairan Port Dickson untuk mengesahkan sama ada terdapat kehadiran alga berbahaya dan keputusan analisis akan diketahui esok.

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) berkata, pihaknya telah mengambil langkah awal dengan mengeluarkan larangan sementara bagi menjual dan mengeluarkan kupang ternakan sama ada melalui sistem panggar atau pancang.

“DOF juga sentiasa melaksanakan pemantauan keselamatan kerang-kerangan di Malaysia secara berjadual di bawah Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan (NSSP) yang melibatkan sampel kerang- kerangan ternakan dan liar,” katanta dalam kenyataan hari ini.

Jabatan itu mengulas lapan kes keracunan makanan di Port Dickson selepas mengambil kupang.

Daripada lapan kes itu, dua pesakit berada di unit rawatan rapi.

Semua kes terbabit mempunyai sejarah memakan kupang yang dibeli dari dua buah pasar di sekitar Port Dickson.

DOF meminta orang ramai melaporkan kepada Jabatan perikanan negeri/ daerah yang berdekatan jika melihat perubahan warna air laut yang mencurigakan. – MalaysiaGazette