(embargo)

KUALA LUMPUR – Harga runcit petroleum dan diesel kekal bagi tempoh 4 April 2024 hingga 10 April 2024.

Kementerian Kewangan berkata, sepanjang tempojh itu, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.47 seliter; RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol dan diesel, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” katanya.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette